camping perdana

cik angah wanna wish u all

assalamualaikum :)


hari tu aku pegi perkhemahan jati diri kat campsite sbpisb.

sbnrnye,aku nie just cukupkan kouta je.

puteri islam pun 5 org je f4.

tapi aku redha je la lg pun wardah pun pegi.

so,aderla kawan.


hari pertama

petang tu just dirikan khemah ngan taklimat.

team aku dpt khemah saiz A tent.

boleh muat 6 org tp kami ade 5 org je.

so,dalam tue mmg luas ah.

and ptg tu,merase lah jugak mandi.

malam tue ade penerangan dr ustaz kamal pasal aktiviti esok.

then area pukul 11,semua masuk khemah n tido.

tibe2 Hidayatika kejut aku.

die kate suroh cepat amek baju kawad kat luar.

aku pun tros sarung tudung ala kadar.

lagipun ampaian tu sblh khemah aku je.

masuk blk khemah,aku ingat dah nk pagi.

rupenye baru 2 pagi!!


then,aku sambung tido balik.

tibe2 aku terjage lagi.

3 orang adek khemah aku dah bangun.

hidayatika pun bangun sekali.

dorang kate angin kuat.khemah macam nak roboh.

aku pun takut tgk khemah tu.

tetibe dorang nak bukak pintu khemah.

aku pun kate,

''tak payah,tido je''

nada suare aku pun dah tinggi la.

sbnarnye aku ingat ade 'benda' nak masuk.

cuak gila.


tetibe aku dgr suare Temah jerit soh keluar khemah.

aku cepat2 sambar tudung.

bukak je pintu khemah,angin memang kuat gila.

semua orang lintang pukang.

flying sheet khemah aku dah tercabot.

then Cg Erza datang.

die suruh kitorang pasang cepat benda alah tu be4 hujan turun.

aku just mampu tarik pancang tu kuat2.

sbb aku memang dah takot gila tym tu.

tetibe blom sempat pancang aku dipasang,

hujan + angin turun.habis basah badan aku.

dahla dgn sejuuukkkk nye.

pas Cg Erza psg,aku terus lari kat khemah tmpt ktorg solat.

kat situ dah penuh dah.

aku terketar2 tahap terra.

tangan aku menggigil-gigil.

aku tengok semua orang muke cuak.

aku takot sangat2.


tetibe cikgu kate budak perempuan semua kene lari rentas padang tros pegi kat dewan ibnu sina.

aku terus pegang tangan Hidayatika and lari tak toleh blkg dah.

brape kali ntah selipar Tia tercabot.

aku dah tak peduli lecah ke hape.

yang penting aku nak cepat sampai dewan.

dah la gelap gila.


sampai je kat dewan,aku duduk kat kerusi.

tangan aku still menggigil.

aku tengok jam,Ya Allah...pukul 3 pagi!!

dah la badan dah basah kuyup.

aku teringat barang2 + baju kat dlm khemah.

konfirm sume BASAH... :(

pas2 cikgu Rhozali bg taklimat.

die cakap kitorang boleh balik asrama.mandi.

pastu pukul 5.30 dah ade kat surau.

kitorang pun rombongan balik aspuri.

balik tu pun kene tunggu pintu asrama bukak.


aku masuk dorm je tros amek towel,mandi.

tido...sampaila Anirah kejut.

rupenye dah pukul 6.tros sodorm je baru gi surau.



hari kedua

pagi tu senamrobik kat depan pavilion.

best gila.

aku rase first time aku enjoy senamrobik.

pdhl helpers nye budak2 f4 jugak.

klakar gila ah dorang.

then,sarapan.aku memang lapar.

pastu ade aktivti merentas halangan.

ni ala2 mandi lumpur tapi lagi mencabar la.

aku team second last so ble nmpak team lain habis,

sumpah dasyat kotor nye.


then,time team aku start,

fes2 biase je.Ahza suruh aku dok depan skali.

aku pun redahla semak samun kat kebun tu.

then,memang dasat la.

aku siap terjatuh tym nk lintas jambatan.

dah la seluar terselak sampe lutut!!

malu gila time tu.

last skali,memang penat!

memang macam plkn.

petnag tu masak ntok ikhtiar hidup

tapi aku dok buat gajet.

sup kami no 1,haha~


malam tu kami dah siap sedia kalo terjadi ribut lagi.

tapi Alahmdulillah mase ribut tu,dah pukul 5.

kami balik asrama pun hujan rintik2.

siap bawak beg ngan semua brg tros.



hari last :)

pagi ni aku sodorm lagi.

mane tak nye,bangun pun dah 6.30

then kami tunggu dr pukul 7 sampai dekat pukul 9 kat DM.

sampai tertido aku kat dlm tu.

dah la hujan pun tak berenti.

majlis penutup pun buat sederhana je kat DM.

petag tu kemas2 khemah.basuh khemah.

aku tak tau nak cakap aku penat tahap ape dah.

sampai aku rase nak nanges je kat dorm.

dah la esok puasa!!


so,malam tu terawih.

badan aku memang penat gila lah.

tak tau nak kate ape.

but this is my new experience.

meredah ribut pukul 3 pagi.

memang rase macam nak hilang nyawa.




koyak kertas : aku siap kene bahan lagi time nak lintas parit.tu sebab terjatuh kott.malu gila >.<