viLLagErs of 95 jabirians

hue~hue~
Long tym agO to discover this stOry..


Once upon a tym kononnya sebelum wujudnya Pekan Slim river ader sebuah negeri bernama Negeri SMKA.Terdapat sebuah kampung fofular yg terdiri dari penduduk yg telah dibuang daerah.Kampung itu dinamakan Kampung 2 Jabir and ditadbir oleh seorang Tok Sidang Afif yg telah melantik diri sendiri sebagai ketua.Namun begitu,pemerintahannya sgt la cemerlang lantaran dibantu oleh seorang pembantu yg didatangkan dari Baghdad a.k.a. Bagan Datoh iaitu Faizreen.

Kampung itu sangat aman kerana terdapat polis berkaliber iaitu Inspektor Nizam yg dibantu oleh Geng Berbaju Biru seramai 5 orang.Namun begitu,masalah gangsterism tetap terjadi kerana terdapat seorang mafia ala2 Ah Long yg sering mengutip cukai seminggu sekali iaitu raudhah dan konconye,Meor.Keganasan mereka popular seantero kampung.Walau di ceruk mane pon orang kampung bersembunyi,mereka akan tetap menjejakinya sehingga misi dan visi kampung mereka tercapai.

Kes2 jenayah di kampung itu dihakimi oleh Fatimah walaupun ramai yg mempersoalkan kewibawaannya.Ini kerana sememangnya beliau tak adil dalam menjalankan tugas.'Ainaa yg bertugas sebagai peguam bela nikah rujuk dan cerai sering mengadu kepada Zulfadhli a.k.a. Pali iaitu pejuang irama rawk zaman batu tentang tekanannya ketika menjalankan tugas.Beberapa bulan kemudian,satu kampung gempak apabila 'Ainaa memfailkan kes cerai terhadap dirinya sendiri.Huru-hara dibuatnya kerana tiada siapa yg mahu menguruskan penceraiannya itu.

Yang membanggakan Jieha and Hanim menjadi jutawan hasil penciptaan patung Donald Duck mirip wajah mereka.Lebih membanggakan Fatin tekun belajar di University Of Havard dlm jurusan masakan dan andaman.Beliau dikatakan pernah menyolek wajah penyanyi terkenal Farhanah dgn lagunya Aduh Suparjo.Penyanyi yg ber'yell' ''Jangan biarkan hidup anda diselubungi miskol..'' ini juga pernah mengambil upah mencuci taik burong yg senantiasa wujud di jalan2 kampung itu sebagai kerja tambahan kerana albumnya tidak pernah laku walaupun sekadar mencetak 5 unit saja.

Pada masa itu dikatakan sudah wujud akademi Funny yg dianjurkan oleh billionaire kampung itu iaitu Asyirah a.k.a. Ciah.Mengejotkan sekali ialah Syuhadah telah menerima ijazah terhormat akademi itu kerana beliau banyak mengundi diri sendiri untuk menang.Ini telah menyebabkan peserta lain iaitu Muhammad dan Muzammil kecewa lantas mereka membuka gerai berniaga jus lengkong.Persaingan sengit menyebabkan gerai milik Nabilah dan Aelina jatoh bankrap lalu mereka memasuki pertandingan The Apparentice utk melayakkan mereka bekerja bersame Donald Trump.

Fara D pula masih setia menjadi komposer lagu Joget Melayu yg didendangkan oleh Safwan.sambil itu,trio tarian zapin kampung itu yg didalangi oleh Habibah dan sekutu2 nye iaitu Aida dan farhana a.k.a. Nana turut bersama bagi mengangkat martabat tarian Melayu.Antara peminat yg setia mendengar lagu inang itu ialah pasangan kembar Hariz n hazmi.Mereka juge meminati lagu 'Hot n Cold' versi tradisional yg dipersembahkan dalam dikir barat.

Ihsan yg merupakan samseng jalanan sering mencemburui kejayaan Aina yg berjaya dalam perniagaan roti naan.Begitu juge Ummi yg sukses dalam perniagaan ubat nyamuk Sdn. Bhd.Baru2 ni rumahnya diwar2 kan sering berasap kerana terdapat spesies nyamuk aneh menyerupai blue hippo yg sering mengganggu rumah dan tangganya.

Aelina berbangga dengan kejayaan pusat tuisyen 'untung la' kerana seorang anak muridnya iaitu Hidayah berjaya diterima masok ke Akademi Funny musim kedua.Mereka mendapat berita guru yg akan mengajar mereka nanti ialah bekas juara Kampung Idol iaitu Farhanah sambil dibantu oleh Syafiqah yg mahir dalam tarian naga.Mereka dikatakan telah berenang merentasi lautan Pasifik untuk membuat persembahan gara2 tidak mendapat sponsor dari mana2 pihak.

Pucuk pangkal kejayaan penduduk Kampung 2 Jabir sebenarnya hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari sifu2 yang telah berjaya dalam hidup mereka iaitu Puan Zanariah,Puan Norlela,Puan Sharifah,Puan Norshima,en Mahfudz,En Nordin,Pak Uda,Puan Normah,En Zulkifli,Puan Sabariah dan Puan Aisyah.

citer nh masok Zikroyat skola taon 2009..